Thursday, March 1, 2012

unmeitte shinjiru : part 1

" aku nak mabuk ke, mengamuk ke, ikut suka hati akulah!"

Sayuri menekup kedua telinganya sambil tangisannya dapat didengari di setiap penjuru rumah itu,
Dalam pelukan erat kakaknya,Aiko, sayuri hanya mampu melihat ibunya dipukul bertalu-talu oleh ayah kandungnya sendiri.

"abang, tolong sakit!" raung ibunya , tak tahan dengan kesakitan akibat pukulan tali pingang itu.
Namun, raungan itu tidak diendahkan oleh lelaki durjana itu,sebaliknya pukulan itu semakin kuat. Dia bagaikan dirasuk.

"Ayah, hentikan!" Aiko memaut pada kaki ayahnya selepas tidak tahan melihat ibunya yang dipukul sehingga berdarah.
Dia cuba untuk meleraikan ayahnya, tapi sebaliknya dia yang dipukul.Ibunya yang tidak sampai hati melihat anak sulungnya itu diperlakukan seperti itu, bingkas bangun dan cuba merampas tali pinggang yang dipegang suaminya.Encik kobayashi bengang, dia menyiku kuat isterinya itu, dan terus bertalu-talu memukul wanita itu kembali.
Aiko dan sayuri yang ketika itu masih kecil hanya mampu meraung dan menangis, tidak tahu apa yang perlu dibuat, jika bersuara, mereka pula yang akan dipukul nanti.Emosi sayuri terseksa kerana itu.Dia membuka matanya perlahan-lahan. kepalanya terasa berat sekali, berdenyut-denyut. Dia berkalih kepada jam dinding di hadapannya,-pukul 8.00 malam.

" aku tertidur lagi ?" detik Sayuri.

Dengan langkah longlai, dia bangun bersiap-sedia untuk ke bilik mandi,.Selesai pulang dari kerja tadi , dia langsung sahaja tertidur di sofa. Hari ni sangat memenatkan. Handphonenya yang terletak di dalam bilik dicapai nya dulu,dan dibalut plastik. sudah menjadi kebiasaan dia membawa handphonenya ke bilik air. Mana tahu ada sesiapa yang ingin menelefon, maklumlah dia tinggal bersendirian. Sambil mengalirkan air ke dalam tab, dia meletakkan telefon bimbit tadi di bibir tab. Dengan lemah dia membuka pakaian sambil merenung dirinya di cermin.Matanya kusam,eyebag jelas kelihatan, dia  tidak cukup tidur beberapa hari ini.Kenangan hitam yang menjadi mimpinya sebentar tadi masih jelas berlegar-legar di kotak fikirannya.Namun, dia menganggap bahawa air matanya sudah cukup kering untuk menangis kerana itu.Kerana dia bukan lagi budak kecil yang berusia 9 tahun, dia sudah pun menjangkau umur 22 tahun dan sekarang dia adalah seorang gadis yang tak mudah mengalah.Dia tidak mahu menangis lagi !

"sejuknya!"

Spontan dirinya bersuara sebaik memasuki tab mandi yang sudah dipenuhi air itu. Rasa dingin dan sejuk yang amat sangat menjalar keseluruh tubuhnya sebaik dia selesai membenamkan badannya ke dalam tab itu. Air itu di main-mainnya sambil tersenyum. Rasa amat segar! sayuri memjamkan matanya, niatnya untuk menenangkan dirinya, namun, sebaik matanya tertutup rapat, peristiwa 13 tahun yang lalu tiba-tiba kembali menghantuinya.

"Kau hidup menyusahkan aku, baik kau mati saja!"
Sayuri masih ingat bagaimana, ayah kandungnya sendiri meninggalkan dirinya di dalam sebuah gudang yang dipenuhi anjing-anjing liar.Dia dikurung dengan niat anjing-anjing itu akan membunuhnya namun, Sayuri bernasib baik kerana ditemui oleh pemilik gudang itu dalam keadaan yang amat menyedihkan.Ya, dia memang hampir di bunuh oleh anjing-anjing itu tetapi sempat di selamatkan dan dihantar ke sebuah pusat jagaan kanak-kanak di daerah itu. Sejak itulah, kehidupannya berubah, jauh dari keluarga kandungnya, sehingga dia diangkat oleh sepasang suami isteri yang tinggal di bandaraya Tokyo. Sungguh hingga kini, dia tidak tahu apa khabar ibu dan kakaknya di sana. Dia nekad untuk tidak kembali ke tempat lamanya kerana trauma kisah hidupnya yang dulu masih segar. Dipukul, dikurung,dan juga pernah diperlakukan seperti pelacur oleh ayahnya sendiri! Sayuri memeluk tubuhnya erat, tiba-tiba dia merasakan dirinya sungguh kotor. Air matanya mengalir tiba-tiba tanpa disangkanya.Cepat-cepat dia menyekanya, kerana dia sudah berjanji untuk tidak menangis kerana itu!

Lamunan sayuri terhenti dikejutkan deringan message . Nama Emi Takashi, rakan baiknya tertera di kaca telefon.
".Jumpa di pub biasa pukul 9 ( ^_^)/ .!"

Sayuri sdikit terkejut dengan message yang tiba-tiba itu ,dia tersenyum.
"ehh..tiba-tiba je,saya sedang mandi.."
"ne, Takanori-san and my brother akan ke pub malam ni, jom la join !"

Sayuri ketawa . Patutlah, ada Takanori-san. Emi minat benar pada Takanori, vokalis sebuah kumpulan indie rock, The Garrote( don't know what the best name ) . Emi juga bernasib baik kerana abangnya, sato adalah rakan baik Takanori jadi mereka selalu juga berjumpa. Namun hingga kini, Emi-chan masih belum dapat meluahkan perasaan terhadap Takanori-san.Malu katanya.
" hmmm..okay!"
Cepat-cepat dia menyudahkan dirinya sebaik membalas message itu. Perlawaan Emi tidak pernah ditolaknya. Maklumlah hanya Emi yang sentiasa berada di sisinya selama ini. Selepas kematian kedua ibu dan bapa angkatnya, Sayuri merasa kesunyian.Dia hampir jatuh sakit kerana itu,namun, Emi yang juga rakan sekolah menengahnya telah kembali menaikkan semangat Sayuri. Emi-chan sudah dianggapnya sebagai seorang kakak dan dia amat sayang akan persahabatan itu.

@@@@@@@


Sayuri sampai di pub Izakaya tepat jam 9.15 pm. walaupun agak lewat, Emi tetap setia menunggu sayuri di luar. Sayuri tersenyum tatkala melihat emi melambai-lambai ke arahnya.

" awak lambat lagi !"

" ahh .. sorry. "

" cepatlah , hari ni Takanori-san bawa kawan dia, guitarist kump. tu! Yang awak suka tu !" Beritahu Emi riang.

"What ? masa bila saya cakap saya suka dia, tak nak la dia tu macam perempuan !" sahut Sayuri tidak setuju. Memang dia tidak begitu berminat dengan band-band indie.

"ala, awak belum jumpa dia depan-depan lagi, jom !"
Pantas Emi menarik tangan sayuri masuk ke pub itu, sayuri hanya menbututi langkah Emi .
Kelihatan abang kandung Emi, sou-san sedang berbual mesra dengan dua jejaka .Sayuri hanya dapat mengenali Takanori-san, dan lelaki tegap di sebelahnya.... tentu , guitarist yang dimaksudkan Emi.Fikirnya.

"Takanori-san, Yuu-san.. perkenalkan, ini kawan baik saya,sayuri."

Emi terus memperkenalkan sayuri sebaik tiba. Sou-san mengalu-alukan kedatangan Sayuri, dijemputnya duduk bersama.

" Ahh, terima kasih. saya sayuri." sayuri senyum dan dibalas dua lelaki itu tanpa berkata apa-apa. Mereka kelihatan sedikit sombong !

"nak minum apa? sake ?" Sou-san bertanya,sayuri hanya mengangguk. Dia dapat merasakan suasana kekok di situ. Lelaki yang dianggapnya seperti perempuan, kelihatan lain sekali. di atas pentas, dan di dunia sebenar, mereka benar2 berlainan!

"yuu-san ni la guitarist mereka,sayuri selalu memuji skill awak !" Emi tiba-tiba bersuara. Tipu, mana ada aku pernah cakap begitu ! jerit sayuri dalam hatinya. Mukanya merah padam tapi tidak begitu menonjol dek kerana cahaya lampu pub yang malap.

"ouh, terima kasih." ucap yuu sambil merenung Sayuri. dia rimas. dadanya berdegup kencang tatkala menatap mata lelaki itu.Menakutkan ! Dia hanya tersenyum , senyum yang di buat-buat sambil menyiku Emi.

"Takanori-san, saya dah beli tiket untuk tour awak di Tokyo, saya pasti datang, barisan depan sekali,nak tengok Takanori-san yang hebat menyanyi untuk saya !"

Emi menjerit tanpa segan silu, diikuti hilai tawanya yang begitu nyaring. Sou hanya ketawa melihat gelagat adiknya,begitu minat sekali dia pada Takanori, rakan sekolahnya dulu.
"err.. ouh, ok.. " jawab Takanori teragak-agak,Dia juga kelihatan rimas dengan gelagat Emi tapi dibuatnya cool, demi menjaga hati Sou.Sayuri sudah tersipu-sipu di sebelah Emi. Malam itu, Emi berlagak sedikit aneh.Boleh dikatakan memalukan.Dia juga tiba-tiba menukar tempat duduknya ke sebelah jejaka itu.

"eii, best sangat, rasa sangat bertuah sebab saya tak macam peminat lain kan abang ? Dapat jumpa Takanori-san depan2. kalau boleh nak kenal lagi rapat cam abang sou! " Emi memandang abangnya, Sou hanya ketawa geli hati.

" yela, selalu jumpa kan ?" sampuk sou. Takanori hanya tersenyum .Dari tadi dia tidak bersuara.Sayuri faham akan keadaan itu.Emi, memang seorang yang pemalu, tapi jika dia berhadapan dengan orang atau sesuatu  yang dia minat, mungkin dia tidak sedar. dia tidak dapat mengawal perasaannya.

"emm, cik sayuri tak pergi ke tour kami sekali ke ?" Shiroyama Yuu tiba-tiba bersuara. Sayuri tersentak dari lamunannya.

"ahh, biasa juga saya ikut, tapi yang kali ni, tak kot. banyak kerja." Jawab sayuri spontan. Entah kenapa dia berasa takut akan lelaki itu.Lebih-lebih lagi, takanori dan yuu sama-sama memandangnya.

" Sayuri suka dengar lagu ballad!" Emi tiba-tiba saja menyampuk.Akhirnya, Sayuri dapat membaca niat sahabat baiknya itu. Nak jodohkan aku dengan lelaki itu ? No, tidak sama sekali! Lelaki didepannya itu bukanlah citarasanya, dia itu.. kelihatan sangat menakutkan ! Dengan satu tindik di telinga kanan, tiga tindik di telinga kiri dan juga di mulutnya, membuatkan Sayuri tidak yakin untuk berada di situ lama-lama. Dia harus beredar ! bisiknya .

" emm, Emi, saya ke ladies sekejap." Sayuri mengatur kehendaknya. Gegas dia bangun dan melangkah pergi.

"ish, emi ni. sesuka hati je nak cakap ap !" ngomel Sayuri, langkahnya dipercepatkan sehingga ke toilet. Di situ dia menghadap cermin sambil merenung wajahnya sendiri.Nyata sekali hatinya tidak sebegitu tenang hari itu. Dia masih teringat akan ibu dan kakaknya.Lebih -lebih lagi suasana pub yang bising, betul-betul membuatkanya rimas. Sayuri membuka paip air dan membersihkan mukanya. Biar dia sedikit segar. Wajah lelaki yang bernama Yuu itu pula bersilih ganti. Dia terdiam seketika.

"dia tu,kacak juga.." ngomelnya sendirian.

Sayuri mengeluh berat. Boleh percaya ke lelaki macam tu ? bisik hatinya. Dia membuka pintu tandas dan duduk di atas pelapik mangkuk . Dia ingin berada sedikit lama di situ. Menyesal ikut Emi malam ini. Sayuri menyandarkan kepalanya ke dinding tanpa menyedari dia terlelap.




P/S: THE STORY LINE MAYBE NOT TOO GOOD, BUT AT LEAST I TRIED !