2
“hello!!!!”Ai mengibas-ngibas tangan nya semata mata untuk mengejut kan Ai dari lamunan.Ai mendengus.
“apahal kau ni?”
“ai,dari tadi duk termenung,ada boyfriend baru ke?”
Mizuki berseloroh.riiko ketawa sambil mengiyakan.
Hish,diorang ni.sibuk je!
“wey korang,bas dah sampai..jom gerak !”kei-kei si jambu tu tiba-tiba menghampiri mereka bertiga.dia tersengih-sengih.hmm,comel jugak mamat ni….kiut je,dah la pandai bergaya,anak orang kaya gak,ibu dia ade butik,ayah pulak kerja under Tuan kousuke.
‘okey”
perlahan –lahan Ai mengangkat beg bajunya dan melangkah longlai menuju ke arah bas.Riiko dan mizuki mendahuluinya.
“beratur ya naik bas..”
Ai menjeling,..hai..sejak bila si keizuro kayashima(kei-kei) ni pandai bab beratur-beratur ni?bukan dia ke yang selama ni duk pintas turn orang,menyampah betul aku !riiko dan mizuki pulak laju aje naik bas,katenya nak tanda tempat.hmm,Nampak nya aku kena duk sorang2 la ni…Ai mengeluh….tak apa la,duk sorang-sorang lagi bagus,..hati Ai mengiyakan.dia tersenyum..
“Ai,kau duk seat belakang ok?aku ngan mizuki duk sini.”
Riiko menunjukkan Ai tempat yang ditandanya,Ai mengangguk.malas nak bercakap,maklumlah,dia memang selalu sorang-sorang.so,macam tak kisah lah…Ai melihat sekeliling,semua sedang sibuk memilih tempat,matanya tiba-tiba terlihat gelagat meisa Hideaki.tak habis-habis nak berkepit dengan buah hati aku,huh !Itsuki pula kelihatan rimas sekali, dia menjeling tatkala melihat meisa yang tak segan-segan memaut lengannya..,dia harus lakukan sesuatu untuk berjauhan dengan perempuan itu. Itsuki melilau-lilau melihat dalam bas.. matanya tiba-tiba terhenti pada Ai.lama juga dia memerhatikan Ai.Ai yang perasan akan reaksi itu terus menggelabah.
“em,sebelah awak ade orang tak?”
Ai tersentak,hah !dia tanya aku??
“er..tak ada,duduk la..”
“thanks…”seperti biasa,tanpa senyuman.
“Itsuki,jum la duk ngan I kat belakang..”Meisa menyampuk.mak aih,gediknya!
“come on Meisa,kalu u duduk dengan Itsuki I nak duduk dengan sape??”sizuka pula memujuk Meisa,mereka berdua ni dari kecik dah bersahabat baik .mereka pun selalu berkepit tapi semenjak kehadiran Itsuki,sizuka selalu di abaikan,..kesian sizuka..
“u duduk la dengan betina tu..”Meisa membalas.
What?’betina’??aku lah tu..hish!tak beradab betul.
“sori,u duduk la dengan sizuka,I nak duduk sini..”akhirnya itsuki bersuara.fuhh !selamat.boley jugak aku duduk dengan itsuki..hahah…hati Ai berbunga-bunga..senyuman nya terukir.memang ini lah peluang yang sentiasa dinanti-nantikannya iaitu berada di sebelah jejaka idamannya,Tomopi Itsuki!
Sudah hampir 1 ½ jam Ai berada di dalam bas, dia mula berasa bosan.Ai melihat jam tangannya,perjalanan pula masih berbaki 1/2 jam lagi. pandangan diluar tingkap sudah jemu dipandangnya,semuanya sama saja sepanjang perjalanan.Hanya ada pokok,pokok dan pokok.. pandangan nya di alihkan pula kepada manusia yang duduk disebelah nya.tidur?hmm….Ai sedikit kecewa kerana Itsuki langsung tidak bercakap dengannya.keluhan berat dilepaskan.dia kembali merenung ke luar tingkap,menghabiskan sisa rasa kecewanya.haih..itsuki,itsuki..kalau lah dia tanya aku dah ada boyfriend ke blum,minggu depan free tak..alangkah bahagia nya hidup aku.dan kalau lah pertemuan yang lalu itu tandanya dia suka kat aku,beruntung gila lah aku.Ai mula berangan-angan.dia tersenyum sendiri..alangkah baiknya jika begitu?
‘Uh ah LET ME LET ME
Kasaneta Together Let’s dance
Uh ah motto motto
Chikakude konomama So Shake
Uh ah LET ME LET ME
Kasaneta ireba Let’s dance
Uh ah motto motto
Chikakude So Shake’
Lagu let me nyanyian yamashita Tomohisa itu tiba-tiba berkumandang.Ai tersentak tiba-tiba.kelam kabut di buatnya,dia mencari-cari handphone nya.ish..mana pulak ni?dalam poket takde,beg sandang pun tak ada,kat mane ye?
“hello?”
Sekali lagi aI tersentak.hah???phone itsuki rupanya yang berbunyi.Ai mengetap bibir tatkala melihat itsuki yang menjawab panggilan.Dia kembali tenang dan pada masa yang sama dia teringat bahawa dia tertinggal handfonnnya di dalam beg pakaian.
Itsuki guna ringtone yang sama dengan nya?satu kebetulan !hati Ai berbunga-bunga.Dia mula perasan….maknanya,aku dan dia ada persamaan la..wahh,syok giler !hahahahah..!
“awk ok ke?”
Itsuki tiba-tiba menegur.
“hah?”Ai membulatkan matanya.dia mengalihkan pandangan kepada Itsuki.
“k..knape awk tanya macam tu?”
“tak ada la,dari tadi nampak awak sengih-sengih seorang diri…ingatkan kena sampuk..”bersahaja dan cool.itulah kata-kata yang keluar dari bibir itsuki sambil menyandarkan dirinya di kerusi empuk bas itu.langsung tak memandang muka ai.ai malu sendiri.aduh..,pedas,pedas!
“emm...tak ada la..mana ada sengih.”Ai menafikan.dia menekup mukanya .mati aku,mesti dia ingat aku ni gatal.gembira sangat duduk sebelah dia .huh…
“ouh,ok..”
Hah?itu aje?tak nak cakap-cakap lagi ke?Hinouchi kecewa.itsuki pula kembali memejamkan mata.hish..tak mesra alam langsung la mamat ni !Aikigawa hinouchi mencebik.dia kembali setia memandang keluar.Hatinya panas.haih,macam mana aku nak dekat dengan dia ni?macam mana nak borak dengan dia?apa yang boleh buat dia senang?apa yang dia suka?kenapa dia tak banyak cakap?aku patut borak apa dengan dia hah?Ai membuat pelbagai persoalanan dan pada masa yang sama dengan pelbagai andaian.dia ni pemalu kot.entah-entah dah ada awek.dah tunang kot.hah !dah kahwin?!kahwin paksa!hish..!merepek jer Ai beralih kepada Itsuki yang berada di sebelah kanan nya.Kelihatan itsuki masih memejamkan matanya.mulut Ai terkiput-kiput.dia seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi mulutnya terasa berat.akhirnya hanya keluhan yang dilepaskan.hish..takkan aku yang nak mulakan dulu?buat malu ajer lah.kalau dia tak layan aku macam mana?Ai terus-terusan melayan perasaannya.dia bengang dan kecewa.semua bermain-main di fikirannya dan beberapa minit kemudian,Ai lena di buai mimpi.
®®®®®®®®®
Ai terpana.Dia melihat sekeliling,sangat cantik!Dia kini berada di sebuah taman yang tak pernah dilihatnya.rumput-rumput menghijau,bunga-bunga kembang mekar,kupu-kupu pula bagaikan menari-nari di udara.udaranya begitu segar membuatkan Ai berasa tenang sekali.
“mimpikah aku..?”
Ai tersenyum.Dia melihat gaun putih yang tersarung di badannnya,keningnya terangkat sedikit menunjutkan reaksi terkejut.cantik..tapi,dimana aku,kenapa aku berpakaian seperti ini?Ai melilau-lilau melihat sekeliling,sunyi..tiada sesiapa di situ.perasaan gemuruh menguasainya.
“aku kat mana ni?”
“Ai-chan…..”
Dia tersentak.ada orang memanggil nama nya.syukurla ada orang kat sini.dia tersenyum gembira.dia mula berpaling kebelakang,di mana suara itu di dengarnya dan sekali lagi ila tergaman.Itsuki?!si jejaka yang memanggilnya adalah itsuki Tomopi yang dipuja-pujanya itu.penampilan itsuki begitu berbeza sekali,kemeja putih berkot hitam sambil memegang jambangan bunga.Ai menelan air liur,matanya bulat memandang Itsuki.Apa ni?..D..Dia kelihatan sangat tampan,begitu kacak…Ai tiba-tiba jadi gemuruh.dia lihat Itsuki senyum kepada nya,sambil menghulurkan jambangan bunga yang di bawa itu.Ai masih kaku,lidahnya kelu.Dia masih merenung Itsuki dengan penuh kehairanan.
“awak nampak cantik hari ni…”
Jambangan bunga bertukar tangan.Ai tunduk,muka nya sudah berona merah.Dia pasti,semua ini memang sebuah mimpi,mimpi yang indah !Dia senyum dalam mimpi aku..!bahagianya !Jambangan rose putih yang dibawa itsuki diciumnya dengan penuh perasaan,
Aku ingin mimpi ini jadi kenyataan,aku ingin mimpi ini kekal untuk selama-lamanya.aku ingin bersama itsuki!
“woit,ai !bangun la !”
Ai tersentak.hah??!!!
Mizuki dan Riiko menggeleng-gelengkan kepala.susah benar nak kejutkan si Ai ni.
“kau ni mimpi apa?kejut pun tak bangun..!”Riiko membebel.aikigawa menggosok-gosok matanya.
“dah sampai ke?”
“ha’a..wey,cepat la,kita kena berkumpul,pastu makan,then baru boleh gerak.jom2..!”mizuki menarik tangan Ai.Dipimpinnya sehingga keluar bas.Ai hanya menurut,dia masih mamai lagi.mimpi yang sebentar tadi masih mengganggu fikirannya.dia tercari-cari kelibat Itsuki…
“Ai,tadi kau duk sebelah itsuki kan?aku jeles kau tau tak??”mizuki bersuara menyebabkan Ai tersedar.
“oh.tu..ha’a,dia duk sebelah aku..”
“wah…ai,kau ni memang bertuah la..hahah”riiko menepuk-nepuk bahu ai
“ha’a,bertuah la kau ni,kitorang bercakap dengan dia pun tak pernah.dia tu bukan banyak cakap pun,senyap je aku tengok..tapikan,dia tetap nampak cool huhu”riiko mengiyakan cakap mizuki.mereka sama-sama ketawa.
Nasi kepal yang dibawa menjadi bekalan mereka.Mereka semua beruntung kerana itsuki menyertai camping ini,jadi banyak la yang di’sponsor’nya.selesai saja makan,mereka bergerak memasuki hutan.
Hutan tebal,nyamuk pun banyak..kenapa ya,manusia berada seperti tomopi itsuki itu sanggup berada di tempat seperti ini?Dah la jalan berbukit-bukit,licin lagi.Ai dapat melihat gelagat si meisa dan rakan baiknya sizuka.mereka memang kelihatan tidak selesa.maklumlah,mereka berdua pun anak orang kenamaan,mana lah biasa dengan kawasan berhutan macam ni?mereka join pun sebab si itsuki ada,kalau tak,tak ada maknanya dia nak menghabiskan masa kat dalam hutan belukar macam ni.Ai beralih kepada dua teman nya pula.mereka kelihatan seronok…Ai tersenyum sendiri.mizukii seorang yang periang tapi kadang kala manja,lasak juga orangnya.riiko pula energetic dan manis ,tak salah la kalau si rei shido tu duk tergila-gila kat dia.rei,kei-kei dan chie..mamat trio yang sentiasa aktif,diorang ni suka kan aktiviti outdoor.yela,kan diorang yang ajak pergi camping.tapi,rasa-rasanya dua minggu yang lepas pun diorang dah pergi camping.minggu ni pun nak camping lagi?aktif betul diorang ni..huhu…itsuki pula,jejaka misteri rebutan ramai.Anak orang berada,bijak,cool,bergaya,tampan…ah,bagi ai segala-galanya dia.Dia cinta pertama Ai,mimpi indah Ai…...Entah mengapa,Ai benar-benar merasakan Itsuki memang tercipta untuknya.Ai juga percaya,suatu hari nanti,Itsuki pasti akan menjadi miliknya.
“okey,disini kita dirikan khemah,malam ni kita boleh duduk rehat2,pagi esok lak kite start terokai hutan ni.amacam?setuju tak?”chie memberi cadangan.Semua tercungap-cungap keletihan,maklumlah keadaan jalan dalam hutan yang licin dan berbukit itu,pasti semua kecut perut,takut terjatuh.so,jadi cabaran sikit lah.
“ok,aku setuju.kitorang seme dah letih ni,dah jauh kita berjalan tadi..”mizuki setuju.dia menghempas bagasinya di atas tanah.Ai pula terduduk sambil membuang dahaga dengan air yang dibawanya.Ai mengangguk-angguk.pandai Chie memilih tempat,sebelah sungai pulak tu…bunyi air yang berkocak memang amat menenangkan sekali.Ai suka!
“ha’a..Itsuki pun dah letih,kita pasang khemah kat sini la..kan Itsuki??”si gedik tu tiba-tiba menyampuk,mengganggu lamunan Ai.Apalagi,tangan itsuki dipaut nya.meisa memandang itsuki sambil tersenyum.itsuki membiarkan sahaja.langsung tiada reaksi dari dirinya.
Menyampah aku,perempuan gedik tak tahu malu!Ai menyumpah di dalam hatinya.Pandangan nya tajam melihat gelagat manja Meisa.Meisa perasan akan reaksi itu.Dibalasnya dengan pandangan yang sinis.
“hai,Ai-chan…”
Eh2..tiba-tiba jer ni?Meisa meleraikan pegangan tangannya daripada tangan Itsuki.perlahan-lahan dan dengan langkah menggoda dia menghampiri Ai.dibisiknya sesuatu.
“watch out,Itsuki is mine !”
Eish!geramnya aku!!!hati Ai membara,lebih-lebih lagi meisa melemparkan senyuman sinis sebelum pergi meninggalkannya yang dalam keadaan bengang itu.
“”hah,cepat-cepat pasang khemah..!”rei memberi arahan.Masing masing sudah bersedia untuk memasang khemah.riiko dan mizuki tangkas ajer membuka khemah.mereka kelihatan enjoy,namun bagi Ai,dia sedikit terganggu gara-gara Meisa tadi.
“Ai,tolonglah kitorang pasang khemah ni..”mizuki mengejutkan aku.aku mengiyakan saja.tak sampai seminit,khemah sudah siap dipasang.Riiko dan mizuki bersorak keriangan.mereka sama-sama merasmikan khemah itu.Ai hanya melihat gelagat dua rakannya dengan mata yang kuyu dan tak bermaya.. dia mengeluh..hish !asyik mengeluh ajer aku ni.hati Ai terdetik.
Ai mengalihkan pandangannya kearah sungai.langkahnya di susun menghampiri gigi sungai.air sungai yang mengalir laju itu di sentuh dengan jari.sejuk…!Ai sukakan tempat ni.dia kembali senyum,hatinya juga kembali tenang..walaubagaimanapun,pandangan Ai akhirnya berubah ke satu tempat dimana sesusuk tubuh itu menarik perhatiannya..Kelihatan itsuki berjalan lambat-lambat menyusuri sungai.dia sorang-sorang je?mana meisa?Ai hanya memerhati.Itsuki pula semakin lama,semakin jauh dari pandangan.rasa tidak sedap hati menguasai Ai.Dia nekad untuk mengekori Itsuki.
Kemana Itsuki nak pergi tu?Dahla dah jauh dari tapak perkhemahan.Dia nak pergi mana?Ai masih lagi setia mengekori.langkahnya disusun rapi agar Itsuki tidak menyedari kehadirannya.wajah Itsuki mendung sekali,dia kelihatan memikirkan sesuatu yang teramat kusut.ini membuatkan Ai semakin tertanya-tanya.dia putus cinta ke?adakah kerana itu dia datang ke sini?untuk menenangkan hatinya yang terluka??adakah kerana itu??
Persoalanan demi persoalanan timbul di benaknya.Ai makin risau,takut apa-apa terjadi kepada pangeran pujaannya itu.langkah Itsuki terhenti tiba-tiba.secara automatic langkah Ai juga terhenti.Ai masih memerhatikan Itsuki dari jauh.dirinya jadi tak keruan.Itsuki memandang jauh kedepan.lagaknya tenang..namun tiada sesiapa yang dapat menduga apa yang tersurat di dalm hatinya.cerunan di hadapannya ditenung.tak seberapa dalam pun.iItsuki akhirnya melepaskan keluhan berat.Banyak perkara yang di fikirnya.Dia Cuma inginkan ketengangan..ya,ketenangan..pohon-pohon tinggi yang menghijau itulah tatapannya.dia begitu leka sampai tidak menyedari kehadiran Ai yang sedari tadi mengikut jejak nya.
Ai yang masih tidak keruan itu terketar-ketar.Itsuki nak buat apa tu?kenapa dia berhenti betul-betul depan cerunan?dia nak terjun ke?tak mungkin…tak mungkin…aku harus selamatkan dia.!Itsuki tak boleh mati!aku cintakan dia!aku sayang dia!tak mungkin..!tak mungkin!aku kena selamat kan dia !
“ITSUKIIIIII !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
No comments:
Post a Comment