3
Ai membuka matanya perlahan-lahan.dia memegang kepalanya yang terasa berat itu,badan pulak sakit-sakit.kenapa ni?apa dah berlaku?
“awak dah sedar ke?”
Suara itu memeranjatkan Aikigawa.dia bingkas bangun.
“hah?it..Itsuki?!”
“hum.baguslah kalau dah sedar….”Itsuki menyandarkan badannya ke dinding gua yang sedikit gelap itu.Ai menelan air liurnya,dia tergaman.Macam mana aku boleh sampai ke tempat macam ni dengan Itsuki?Apa dah berlaku tadi?
“err..awk?”Ai masih gugup untuk mengatur kata.Itsuki memandang nya dengan kening sedikit terangkat,mungkin menandakan ‘apa?’
“macam mana kita boleh…..?”
“oh,tu…entah la.saya pun tak tahu apa kena dengan perempuan tu..”Itsuki memotong.Dia memeluk tubuh sambil memandang Ai.
“hah??”
“saya tengah asyik-asyik memandang kehijauan bumi ni,tiba-tiba ajer ada seorang perempuan gila menerpa kearah saya,sambil jerit nama saya pulak tu..then…tolak saya kebawah..mujurlah cerun tak dalam..kalau tak dua-dua dah tak ada dah..”Itsuki menyindir.diberi pandangan sinisnya kepada Ai.Ai kemerah-merahan,betul ke??!aku tolak dia???malunya aku…
“ss..sori..saya ingat awk nak terjun…”Ai menundukkan mukanya.
“terjun?hahahaha…!”
Ai pantas mendongak.matanya tepat memandang Itsuki.Dia ketawa???
“buat apa saya nak terjun,wak?lucu la awak ni..hahah..”
Ai tersipu-sipu..Itsuki masih ketawa??mimpi ke ni?
“hmm..nasib baik ada gua kat depan ni,kalau tak basah la kena hujan.awk pulak pengsan tak sedar-sedar,terpaksa la saya papah awak sampai kesini..huhu..”itu lah kali pertama Ai melihat Itsuki senyum betul-betul di hadapannya.ianya bagaikan mimpi.Dah la dapat berdua-duaan dengan lelaki pujaannya itu,malahan dapat melihatnya ketawa dan tersenyum..alangkah,nikmatnya !Ai melihat ke luar gua.hujan…
“ha’a..hujan..em,maaf la menyusahkan awak je…”
“memang menyusahkan pun..”Itsuki kembali seperti biasa.Ai terkedu.aku menyusahkan dia?aduh….Dia kembali menundukkan wajahnya.kenapalah aku ni bodoh sangat?apa aku buat ni?malunya..malunya…perasaan malu Ai kembali.mukanya terasa membara.perkataan menyusahkan yang keluar dari mulut Itsuki betul-betul mengganggunya.Dia mengetuk-ngetuk kepalanya beberapa kali.
Tanpa menoleh ke muka Itsuki,Ai cuba untuk menjelaskan
“saya takut awak buat sesuatu dim luar jangkaan je.yela saya nampak awak jalan sorang-sorang…saya curiga..pastu saya ikut lah.mana lah saya tahu awak cuma nak nak tengok sekeliling…lagipun…..”
‘ehem…’
Ai terhenti apabila ada bunyi yang memotong..cepat-cepat ia mengalihkan perhatian pada suara berdehem tadi.
Oppss ..!
Mata mereka bertembung.dekat sangat.Aikigawa berdebar-debar.dahi sama dahi sudah bersentuhan.Ai betul-betul kaget dengan tindakan Itsuki itu.kenapa ni?keadaan ini mengingatkan nya pada peristiwa di dalam library ari itu.
“awak suka saya ea?”
“hah?mana ada?”
Itsuki semakin dekat.Ai dapat merasa hembusan nafas Itsuki.berderau darah Ai di buatnya.dia nak buat apa ni?kenapa dekat sangat?Ai jadi tak keruan.dia menelan air liurnya beberapa kali.
“tipu…”
“tak ada.mana ada..”
Ai cuba mengalihkan kepalanya apabila hidung Itsuki betul-betul menyentuh hidungnya.Bahu Itsuki di ditolak nya namun,kudratnya itu tidak dapat menandingi Itsuki.
“awak nampak gementar..”
“sebab..sebab awak dekat sangat…”
“awak tak suka ke?”Itsuki semakin berani.pinggang Ai di rangkulnya.Ai betul-betul tak sangka.dia hampir terbaring.bahu Itsuki ditolaknya lagi tapi lelaki itu terlalu kuat.
“awak nak buat apa ni?”Itsuki tidak menjawab.Ai semakin rimas..tidak..perkara macam itu tidak akan terjadi,tidak ….!!!!!!!!
DUSH !!
Satu tumbukan hinggap di muka Itsuki.Itsuki tersentak, dia menyeka darah yang mengalir dari bibirnnya.dipandang Ai dengan muka terperanjat.Ai pula tercungap-cungap.
“mm..mm..ma.maaf..maafkan saya..”Ai membalas pandangan Itsuki.Aku tumbuk dia?Ai sendiri tidak menyangka itu,dia menelan air liur beberapa kali ..takut untuk memikirkan kemungkinan reaksi yang akan di balas Itsuki.
“hahahahhahahah..!”
Ai mengangkat keningnya.ketawa??
“awak ni kelakar lah..awak ingat saya nak rogol awk ke..hahah..bodoh..?”
Ai mencebik.poyo !
“dah tu?awak dkat-dekat dengan saya..mesti la saya nak pertahankan diri…saya tak bodoh ok!”Hati Ai panas tiba-tiba.Aku tak sangka mamat ni poyo rupanya.huh !menyesal aku suka dia.Ai mengherdik Itsuki didalam hati.
“awak bukan taste saya la..”
Merah padam muka Ai.Ai menjeling.hish..!kenapa la aku suka kat dia ni..eiiiii..geramnya aku..!!!!!hatinya betul-betul panas lebih-lebih lagi apabila melihat gelagat Itsuki yang tak henti-henti ketawakan dia.
“ah..sudah la..!”Ai bingkas bangun.dia ingin cepat-cepat beredar dari situ,menyampah!
“awak nak pergi mana?”Itsuki tiba-tiba merangkul pinggangnya.Ai terpana.apa ni?
“hey lepas la!”dia memukul-mukul tangan Itsuki.Itsuki meleraikannya perlahan-lahan.
“awak tak boleh keluar lagi,hujan tak berhenti lagi tu.”
“dah berhenti la..renyai-renyai jer…”Ai tidak menghiraukan Itsuki sebaliknya dia terus mengatur langkah keluar.Hatinya betul-betul panas dengan Itsuki.
“Oi,aishido,kat luar tu banyak binatang buas !”
“Aikigawa la!
Ai mendengus marah.Dia tak mahu berada di dalam gua itu,dia nak balik khemah !Ai juga benci akan sikap Itsuki ,dia tidak mnyangka Itsuki akan menakut-nakutkannya begitu...! walau apa pun terjadi,dia tetap tak mahu tunggu situ lama-lama..tak mahu!Pun begitu,Ai tak dapat menafikan bahawa dia begitu tidak suka pada makhluk yang di sebut Danieal sebentar tadI.matanya liar memerhati sekeliling.takut juga kalau-kalau ada harimau ke,singa ke datang menerkam.Ai berdoa dalam hati,semoga dia selamat…semoga aku selamat….Lamunannya tiba-tiba terganggu apabila Ai merasakan ada sesuatu melekat pada kakinya.matanya di sorongkan kebawah……”AAAAAAAA!!!!!!!!!!”
“aaa… tolong..!!!”
Ai melompat-lompat.Dia begitu geli dengan makhluk tidak berkaki dan berkulit licin itu.air matanya mengalir.Ai menangis !
“ulat pokok pun takut??”
Entah bila si Itsuki mengekornya,Ai sendiri tidak tahu.apa yang dia fikirkan sekarang..ulat di kakinya harus segera dibuang.
“Itsuki….tolong buang ulat ni…gelila…”Ai merayu-merayu.
“hmm..saya ingat datang sini ley tenang kan fikiran,..tapi tak sangka lak leh ‘stuck’ ngan perempuan gila macam awak ni…”Itsuki mengomel sambil mencari ranting- ranting kayu.Ai hanya mampu mencebik.kalu diikutkan hati mahu saja dia menghempap kepala Itsuki dengan batu besar.
“kurang ajar..”getus hatinya.
“Ulat pun nak nangis…dah la binatang ni kecik jer..hmm,,dah buang dah..jangan nangis agi..”Itsuki tersenyum sinis melihat wajah gemuruh Ai.air matanya masih berjuraian.esakan Ai semakin kuat.Itsuki tiba –tiba menggelabah.
Eh,eh pesal perempuan ni?makin kuat pulak dia nangis…Itsuki jadi tak keruan.
“err…Ai?dah..dah..im sorry…”Itsuki cuba untuk tenangkan Ai.
“jom balik khemah..?”
Itsuki menggaru-garu kepala.Ai masih juga menangis..apa kena dengan perempuan ni?
“awaklah!kutuk-kutuk saya! Ai sengaja menjerit pada Itsuki.Biar dia tahu bertapa dia tak suka akan tuduhan Itsuki tadi.Itsuki mengeluh diikuti ketawa kecil.matanya tepat memandang Ai…mata Ai direnungnya…
“buruk betul muka awak kalau nangis tau?sudah lah..kan saya dah minta maaf?jom balik khemah..”
“….”
Ai terpaku.Itsuki pegang tangan aku??
“tak nak..!”Ai merentap keras tangan nya.Itsuki tersentak.
“aik,tak nak balik ke?nak duk sini sampai malam?dah gelap n..”Itsuki memandang langit sekejap sebagai tanda hari semakin gelap.
Ai menjeling.
‘bukanlah!saya boleh jalan sendiri la..tak payah nak pegang2!”Ai memberi kenyataan.Itsuki kaku mendengarnya..tak lama kemudian,dia ketawa.
“lawak la awak ni..perasan!”
Balas Itsuki..kakinya sudah pun mengatur langkah meninggalkan Ai.Ai mengertak bibirnya.eeii…geramnya aku!
Walaupun geram,Ai menyusuli Itsuki.takut juga dia kalau-kalau dia tersesat dalam hutan itu.Hari pun semakin lama semakin gelap.Ai menyumpah-nyumpah Itsuki dari belakang.Hatinya betul-betul sakit kali ini.muka nya merah padam mengenangkan hari yang dihabiskan bersama jejaka itu tadi.Badannya pula gatal-gatal mungkin akibat ulat tadi..Ai tergaru-garu sambil mengomel.Itsuki hanya mengeluh kecil membiarkan sahaja perempuan itu mengutuknya.
‘shhuusshh….’
.Tiba-tiba satu kelibat hitam muncul dari celah semak .Ai terperanjat besar.
“aaaa..!!!!”
Itsuki tersentak.cepat-cepat dia berpaling kebelakang.
“Ai?!”
Terketar- ketar Ai menunjukkan sesuatu di hadapannya.Itsuki sama terkejut.Kakinya sedikit mengundur..tangan Ai di pautnya.Seekor babi hutan sebesar lembu jantan itu tepat merenung mereka.Masing-masing terbeliak mata melihat makhluk buas di depan mereka.reaksi babi hutan itu menakutkan mereka.kakinya digesel-gesel atas tanah.Ila meneguk air liur..Itsuki dipandangnya….
“satu…dua…LARI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Ai tersentak .Langkah mereka pantas meninggal babi hutan yang kelihatan marah itu.Saat itu sangat mencemaskan,binatang besar itu mengekori mereka,Ai menjerit ketakutan.mereka berlari sekuat hati.Sungai berhampiran diredah mereka.Keadaan batu-batu kelikir yang licin itu membuatkan Ai hampir terjatuh.Namun begitu, langkah haiwan itu dapat dikurangkan.
“cepat Ai!”
Itsuki mambantu Ai memanjat tebing.Babi hutan yang mengejar mereka mengaum marah.sebaik mendaki tebing mereka menyorok disebalik pokok besar yang ada disitu.Ai tercungap-cungap keletihan.Haiwan buas itu kelihatan mendengus sambil mencari2 sesuatu.Itsuki mencapai ranting pokok sebesar lengan yang dijumpainya sebagai langkah berjaga-jaga.Babi hutan itu seperti menghidu sesuatu.Itsuki tercungap-cungap,ranting pokok dipegang kemas.Ai ketakutan,nafasnya semakin laju,lengan Itsuki dipegang erat.Dia pejam matanya rapat-rapat.peluh begitu laju menitis.
“ah?”
Itsuki mengerut dahinya.Entah macam mana haiwan itu hilang tiba-tiba..dia terlepas pandang.Matanya liar mencari kelibat babi hutan itu.
“Dah hilang..”
“Itsuki..saya rasa dia masih ada kat sini..kita tunggu dulu ya?”Dalam nada ketakutan,Ai memberi pendapat.Itsuki memandang Ai tepat.Betul jugak.
“em!”Itsuki mengangguk.
Masing-masing terduduk melepas lelah.Ai pening tiba-tiba..mungkin kerana terlalu takut.
“huhu..”Ai ketawa kecil.Itsuki memandangnya kembali.Tak lama kemudian dia juga ketawa.
“muka awak comot..”Itsuki berseloroh.
“awak pun..”
“awak nampak menarik bila senyum…Aishido….”Itsuki memandang Ai penuh minat.Ai mengeluh kecil.
“Akigawa lah..tolonglah ingat nama saya..”
“tapi Aishido tu kiut..”
“Aikigawa la!”Ai membantah.
“woi,,yela..yela..janganla jerit!”
‘prap!’
Bunyi ranting patah dari semak berhampiran mengejutkan mereka yang sedang bertengkar.Ai kecut perut.Itsuki mula mengintai dari balik pokok tempat mereka menyandar itu.tak ada apa-apa…Ai yang juga melakukan hal yang sama menekup muka.Ketakutan mula menyelubungi mereka kembali.degupan jantung Itsuki semakin kuat, kayu yang dipegangnya tadi dicapai kembali.Dia mengira-ngira apa yang mungkin berlaku dan dia bersedia.
DAP..DUP..DAP..DUP..DAP..DUP..
“AI???itsuki?????????????!”
Ai dan Itsuki terperanjat besar.Mereka kaku sejenak melihat makhluk yang keluar dari semak itu.
“RIIKO??!!!”
No comments:
Post a Comment